Dengan Bismillah,
Memandangkan saya mengambil cuti Bersalin awal seminggu, maka saya mempunyai masa yang panjang untuk update blog saya dengan entri terbaru dan juga singgah di blog teman-teman bloggers untuk membaca entri terbaru mereka, sambil meninggalkan komen.
Wahh, seronok juga bercuti time orang lain bekerja kan..? Walaupun hakikatnya, saya sedang menanti kelahiran cahayamata kelima dengan debaran.hehe.Melihat senario semasa, saya dapati hal-hal pilihanraya termasuk isu terhangat sepanjang minggu ini iaitu peralihan undi masyarakat cina kepada pembangkang dan juga perlantikan menteri besar dan ketua menteri baru di beberapa buah negeri mendapat liputan meluas di media arus perdana.
PM Malaysia

7 Sebab Kenapa Anda Selalu Letih

Minuman Tenaga
alahai...si comel ni pun tahu letih kan..haha..
7 SEBAB KENAPA ANDA SELALU LETIH
Sebab 1: Kekurangan darah Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda. Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya. Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang. Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor. Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi. Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula. Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI) Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung. UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks. Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya. Sebab ke 4: Terlebih caffeine Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan. Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine. Sebab ke 5: Alahan makanan. Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda. Sebab ke 6: Sleep Apnea Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur? ‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur. Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung. Sebab No 7: Lemah Jantung Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

Secara langsung, selagi entri anda dibaca, selama itulah anda mengumpul saham " tidak untung" di sana.Cukuplah dengan pelbagai sumber bahan-bahan bacaan yang tidak mendorong kepada perkembangan positif minda sedia ada. Anda sebagai blogger, berfikirlah 10 kali jika ingin menerbitkan entri yang ada kaitan unsur lucah atau mendorong kepada perbuatan maksiat.
Lebih teruk lagi, jika anda kongsikan entri tersebut kepada mana-mana rangkaian sosial, atau anda sendiri yang ambil dari mana-mana sumber dan terbitkan untuk dikongsi pula dengan pembaca anda.
Apapun jika anda mempertahankan tindakan anda, berfikirlah mudarat yang lebih banyak berbanding fadilat sesuatu tindakan itu. Semoga Allah mengampuni kekhilafan kita.Jika rasa penting dan perlu, anda boleh sahaja buang atau remove entri anda dalam senarai post jika ada yang berkaitan dengan apa yang saya persoalkan ini. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tulis, anda tanggunglah akibatnya.wallahualam...

Thursday, April 17

print


Suami mohon cerai isteri baru dikahwini tidak pandai masak | Tengok TV Online

Suami mohon cerai isteri baru dikahwini tidak pandai masak


Kuala Lumpur: Dengan alasan tidak tahu memasak, seorang wanita berusia awal 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu kini berdepan kemungkinan meneruskan hidup sebagai janda apabila suaminya memfailkan perceraian menggunakan alasan remeh berkenaan.

Lebih menyedihkan, detik sedih perbicaraan berhubung fail perceraian berkenaan jatuh pada bulan sambutan ulang tahun sulung perkahwinan pasangan terbabit iaitu Mei ini.

Hanya mahu dikenali sebagai Nadia, katanya, apa yang sangat memilukan tragedi itu berlaku dalam keadaan rumah tangganya sangat harmoni tanpa tiada selisih faham atau sebarang pergaduhan besar.

“Saya memang terkejut sebab sebelum ini kami tak bergaduh. Tiba-tiba saja pada 6 April lalu, bapa mentua yang datang ke rumah orang tua saya (di sebuah kawasan perumahan selatan Selangor) memaklumkan kepada keluarga saya yang dia membawa suami saya memfailkan perceraian di mahkamah tiga hari sebelum kedatangannya.

Alasan diberikan untuk bercerai kononnya saya tak tahu memasak. Saya sangat sedih sebab keluarga mentua membelakangkan saya sebelum membuat keputusan berkaitan hidup saya,” katanya yang berharap dapat membuat persediaan mental dan fizikal untuk perbicaraan kes itu bulan depan.

Komen Anda

Artikel Berkaitan

cerita pelik 4437295201367233886
item

No comments:

Post a Comment